Anda aDaLah Pengunjung Yang Ke ?

Permulaan Bicara

Assalamualaikum sume…ok first sekali aku nak bersyukur kehadrat Ilahi kerna dia masih membenarkan aku untuk hidup dan menghirup udaranya yang segar di muka buminya yang indah ini…

Tujuan sebenar aku wat blog ni cz nak kongsi kat semua orang tentang CINTA…ISU SEMASA…dan banyak lagi benda2 yg mungkin kita xtahu dan aq lah orang yg akan memberi tahu korang apa yg sepatutnya dan sebab tu lah blog aq ni bertajuk ‘’tentang kita’’ so sebagai insan dan mahluk ALLAH yang biasa aq gak ada melakukan kesilapan..biasalahkan kelemahan manusia..tak semua manusia tu sempurna..so aq harap dpt lah korang maafkan aq jika ada pe2 benda yg terkasar bahasa atau tersinggung kate yg blh membuatkan korag terasa...Sory k…

So aq harap korang enjoi membaca artikel aq dan pandagan yg mungkin boleh diterima pakai sedikit kot..huhuh..
Dan sebarang masalah bolehlah korang PM aku kat FB..Skype Or YM yg aq link kan kat MY NETWORK
Hope u enjoi with my blogs :^.^:

Monday, July 12, 2010

PENDUSTA YANG BERCINTA?

Hari ini angah nk bincangkan satu artikel yg angah terfikfir dan terlihat sendiri perkara ini terjadi, ia mengenai seperkara yang mungkin kita sendiri pernah lihat atau pernah melakukanya sendiri, iaitu memancing ikan.

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar
pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang
begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya... Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya...

Renungkanlah.. Dan kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi sebegini, bersabarlah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah buat kamu dan balasan buat sidia yang meghancurkan hati kamu..

4 comments:

zalehaserakim@gmail.com said...

serahkan la cinta kita pada saluran yg betul supaya kita tak akn merasa disakiti atau pon menyakiti.....
sesungguhnya cinta kita kepada Allah SWT juga lah yang kekal abadi selamanya....

aNGaH_xp said...

Btl tu..klu kita iklas..Allah akn bantu kite.. :)

ainin_alafbaru said...

hmm....sye slalu kne cm nieh....b'cnte,then tbe2 die hilangkn dr..yg x leh blah nye,die roh kakak die g tau kat sye yg die dah mninggal..ble t'srempak ngan sye,cpat2 lari...agak kebongokan jugak la...ble sye tnye npe tgl kn sye,die leh kate sye gmok n x sesuai tok die.tah pape tah alsan nye...jd skg nie,agak ssh utk sye p'cye ble laki nk knal...lgpon skg ssh nk crik laki yg btol2 bleh trime dr kte yg sbnar...

Just Call Me : aNGaH_xp said...

setiap yg berlaku pasti ada hikmah... Allah tidak akan menghukup umatnya yg tidak bersalah...tetapi akan memberi dugaan kepada umatnya yg kuat dan tabah... insaAllah.. bila kita berjaya tempuh dugaan tu dgn tabah...akan ada kemanisan dalam hidup kita yg akan kite jumpa..

AndaJugaMeminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...