Anda aDaLah Pengunjung Yang Ke ?

Permulaan Bicara

Assalamualaikum sume…ok first sekali aku nak bersyukur kehadrat Ilahi kerna dia masih membenarkan aku untuk hidup dan menghirup udaranya yang segar di muka buminya yang indah ini…

Tujuan sebenar aku wat blog ni cz nak kongsi kat semua orang tentang CINTA…ISU SEMASA…dan banyak lagi benda2 yg mungkin kita xtahu dan aq lah orang yg akan memberi tahu korang apa yg sepatutnya dan sebab tu lah blog aq ni bertajuk ‘’tentang kita’’ so sebagai insan dan mahluk ALLAH yang biasa aq gak ada melakukan kesilapan..biasalahkan kelemahan manusia..tak semua manusia tu sempurna..so aq harap dpt lah korang maafkan aq jika ada pe2 benda yg terkasar bahasa atau tersinggung kate yg blh membuatkan korag terasa...Sory k…

So aq harap korang enjoi membaca artikel aq dan pandagan yg mungkin boleh diterima pakai sedikit kot..huhuh..
Dan sebarang masalah bolehlah korang PM aku kat FB..Skype Or YM yg aq link kan kat MY NETWORK
Hope u enjoi with my blogs :^.^:

Saturday, October 30, 2010

Dimana Cinta Sejati

Hmmm..ari ni aq nk kongsi satu kisah yang jd kat kawan aq..dia ni selalu mengadu yang dia ni ssh sgt nk jpe awek yang btl2 setia kat dia.. ?? hmm cm ne ek nk cakap.. aq pon da buntu gak nk selesaikan masalah dia ni.. Di ibaratkan mcm ko da beri 100% hati ko kat minah ni..tp last2 minah ni wat hal..tu xpe lg klu ko sendiri yang wat hal cm ne? ssh nak dikatekan..bg pendapat aq la kan..dalam apa jua cara kita nk dapatkan cinta sejati tu.. ia berpunca dari kita sendiri..Contoh klu ko laki..hadis ada sebut Laki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu kalu nk dibandingkan dengan perempuan ni.. so aq rasa yg guys ni blh fkir..

Kite tanpa kita sedar kita boleh kawal perjalana cinta kite tu.. Dalam memilih pasagan hidup ni xpayah tergesa-gesa sgt la...rilex sudah..klu ko rasa pasagan ko tu btl2 syg n cinta kat ko..dia xkn pg mana..xkan lari gunung dikejar..mmg la kn gunung ne ada kaki nak lari kan.HaHaH.. Pe2 pon..korang juz kna percaya kat diri yg ko blh wat..blh atasi suma masalh cinta ni..xssh kalu ko tau cara yg btl..k tu je kot aq nak bebel ari ni..hoho.

To Be Continew....

Monday, August 23, 2010

Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin? Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

Tuesday, July 13, 2010

Yellow Riben

Jom baca satu kisah yg angah dapat di Isu Hangat. Agak menarik kerana ia adalah kisah benar. Dan kesimpulan kisah ni, dapatkah kita memaafkan insan yang kita cinta dengan mudah setelah dia melakukan sebegitu pada kita.

Begini ceritanya (True Story)

Pada tahun 1971 surat khabar New York Post menulis kisah nyata tentang seorang lelaki yang hidup di sebuah kota kecil di White Oak, Georgia, Amerika. Pemuda ini menikahi seorang wanita yang cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Dia sering pulang malam dalam keadaan mabuk, lalu memukul anak dan isterinya.

Satu malam dia memutuskan untuk mengadu nasib ke kota besar, New York. Dia mencuri duit tabung isterinya, lalu dia naik bas menuju ke utara, ke kota besar, ke kehidupan yang baru. Bersama-sama beberapa temannya dia memulakan perniagaan baru. Untuk beberapa ketika dia menikmati hidup yang dia idamkan – Sex, judi dan dadah. Dia menikmati semuanya dan melupakan anak isterinya.

Bulan berlalu. Tahun berlalu. Bisnesnya gagal, dan dia mulai kekurangan wang. Lalu dia mulai terlibat dalam perbuatan jenayah. Ia menulis cek palsu dan menggunakannya untuk menipu wang orang. Akhirnya,dia tertangkap. Polis memasukkan dia ke dalam penjara, dan pengadilan menghukum dia tiga tahun penjara.

Menjelang akhir masa penjaranya, dia mulai merindukan rumahnya. Dia merindukan isterinya. Dia rindu keluarganya. Akhirnya dia memutuskan untuk menulis surat kepada isterinya, untuk menceritakan betapa menyesalnya dia. Bahawa dia masih mencintai isteri dan anak-anaknya.

Dia berharap dia masih boleh kembali. Namun dia juga mengerti bahawa mungkin sekarang sudah terlambat, oleh kerana itu ia menulis suratnya dengan menulis, “Sayang, engkau tidak perlu menunggu aku.

Namun jika engkau masih ada perasaan padaku, mahukah kau nyatakan?

Jika kau masih mahu aku kembali padamu, ikatkanlah sehelai pita kuning bagiku, pada satu-satunya pohon beringin yang berada di pusat kota. Apabila aku lalu dan tidak menemui sehelai reben kuning, tidak apa. Aku akan tahu dan mengerti. Aku tidak akan turun dari bas, dan akan terus menuju Miami. Dan aku berjanji aku tidak akan lagi menganggu engkau dan anak-anak seumur hidupku.”

Akhirnya hari pelepasannya tiba. Dia sangat gelisah. Dia tidak menerima surat balasan dari isterinya. Dia tidak tahu apakah isterinya menerima suratnya atau sekalipun dia membaca suratnya, apakah dia mahu mengampunkan kesalahan dia? Dia naik bas menuju Miami, Florida, yang melalui kampung halamannya, White Oak. Dia sangat sangat gugup. Seisi bas mendengar ceritanya, dan mereka meminta kepada pemandu bas itu, “Tolong, apabila lalu White Oak, jalan pelan-pelan…kita mesti lihat apa yang akan terjadi…”

Hatinya berdebar-debar saat bas mendekati pusat kota White Oak. Dia tidak berani mengangkat kepalanya. Peluh dingin meleleh deras.
Akhirnya dia melihat pohon itu. Air matanya menitis…
Dia tidak melihat sehelai reben kuning…
Tidak ada sehelai reben kuning….
Tidak ada sehelai……
Melainkan ada seratus helai reben-reben kuning….bergantungan di pohon beringin itu…Ooh…seluruh pohon itu dipenuhi reben kuning…!!!!!!!!!!!!

Kisah nyata ini menjadi lagu hits nombor satu pada tahun 1973 di Amerika. Pemandu bas tersebut menelefon surat khabar dan menceritakan kisah ini. Seorang penulis lagu menuliskan kisah ini menjadi lagu, “Tie a Yellow Ribbon Around the Old Oak Tree”dan menjadi hits pada bulan April 1973.

dan ini adalah lagu yang dicipta itu..


Hope suma dapat menghayati lirik dan lagu itu..
bkn senang nk dapat insan yang betul-betul SAYANG ♥ CINTA kan kita..
alagkah bahagianya klu kita dapt insan sebegitu..Hmmm (termenung Jap) huhu...apa-apa pon angah kat sini just nk kongsi kebahagian Penulis.. Sebenarnya ada insan yang sebegini iklas mencintai pasanganya di dunia ini. .. dan kita juga boleh menjadi sepertinya, asalkan kita betul-betul iklas menerimanya dalam hidup kita.
Renung-renugkanlah...

Monday, July 12, 2010

C.I.N.T.A

Kalu nk dikatakan pasal cinta..terlalu meluas perkataan ini..cinta harta, agama, kawan, dunia, kekasih, keluarga dan sebagainya..kali ni angah nak kongsi akan cinta agama.

Kenapa angah nk kongsikan cinta agama ini? Sebab 1 perkara yang saban hari kita hanya mampu melihat. Dan tidak mampu berbuat apa2..
Apakah ia??

Mengenai pengecaman rejim zionis terhadap rakyat palastin..
Ok kat sini angah nk bg beberapa pedapat dan mintak maaf jika apa yang angah akan perkatakan nanti bercanggah dengan pendapat korang yang membaca artikel ni..angah hanya mahu meluahkan pendapat dan apa yang angah rasa.

Kenapa cinta agama terpilih dalam topic ini, kita lihat la sendiri kekacawan dan hura-hara yang berlaku di bumi palastin. Kita lihatlah sendiri betapa sengsaranya bumi islam itu. Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa mati begitu saja. Para-para tentera zionis yang mempunyai kelengkapan kereta kebal, senjata api, heli dan sebagainya.. tetepi pernahkan kita melihat serang balas yang dilakukan oleh rakyat palastin? Mereka hanya menggunakan batu-batu untuk membaling askar yang lengkap bersenjata, batu yang dibaling ke kereta kebal..



Kalu difikir logic akal, adakah batu itu akan memberi kesan kepada kereta kebal itu? Tidak sama sekali..tetapi kenapa anak kecil itu berani untuk membaling batu ke arah mesin pembunuh itu..
Sebab cinta akan agama dan tanah airnya sendiri. Begitu kuat Allah memberikan kekuatan Cinta itu kepada mereka-mereka ini. Tiada apa yang dapat meghalang anak-anak ini untuk membuat sedemikian kerana sifat juang dan cintakan agama telalu kuat dalam diri mereka.

Allah telah menjanjikan syahid buat umatnya yang gugur dalam berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

Itu hanyalah permulaan penceritaan perkara yang ingin diperkatakan sebenarnya adalah sifat cinta akan agama itu ada atau tidak di dalam diri kita? Ada berapa ratus Negara yang beragama islam yang terdapat di dunia ini dan berapa juta umat islam yang ada di dalam dunia ini termasuklah Negara kita Malaysia.
Tapi apa yang mampu kita lakukan? Adakah kita hanya mampu melihat sedangkan kalu hendak difikirkan rejim zionis dan Negara israil itu sendiri mampu kita tewaskan. Tapi kenapa suma itu tidak berlaku..

Antara satu sbbnya adalah Cinta akan agama dan saudara seislam itu mungkin tidak sekuat anak-anak palastin disana. Cube kita renungkan sejenak andai kata kita ditempat anak-anak palastin itu, mampukah kita untuk melakukan seperti mereka? Jujur sy katakan diri saya sendiri memang tidak kuat untuk melakukan seperti itu adakah anda mampu? Ternyata diri kita ini tidak kuat cinta nya seperti anak-anak itu. Walaupon begitu kita hanya mampu untuk menghantar bantuan ke gaza bagi membekalkan bantuan merupakan perubatan dan sebagainya.
Saya amat berbangga terhadap mereka, bagi saya mereka tergolong dalam insan yang mempunyai semagat dan cintakan agama yang sangat kuat.
Jadi kita sebagai insan yang lemah disini, hnya mampu untuk memohon kepada Ilahi agar penderitaan mereka berakhir dan mereka-mereka yang bertanggungjawab mendapat balasannya. Suka ingin saya kogsikan tentang sirah nabi Muhamad S.A.W dimana tentera bergajah abraha ingin menyerang dan meruntuhkan ka’abah. Allah telah menurunkan burung-burung ababil dengan berbekalkan batu, tentera gagah tadi hancur seperti daun dimamah ulat. Mudah-mudahan Allah perkuatkanlah iman dan sifat cinta akan agama kita dan anak-anak palastin itu menjadi lebih kuat.

PENDUSTA YANG BERCINTA?

Hari ini angah nk bincangkan satu artikel yg angah terfikfir dan terlihat sendiri perkara ini terjadi, ia mengenai seperkara yang mungkin kita sendiri pernah lihat atau pernah melakukanya sendiri, iaitu memancing ikan.

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar
pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang
begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya... Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya...

Renungkanlah.. Dan kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi sebegini, bersabarlah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah buat kamu dan balasan buat sidia yang meghancurkan hati kamu..

Saturday, March 6, 2010

Siapakah Pendusta

salam..ari ni aq nak sembang topik SIAPAKAH PENDUSTA kita atau dia? hahah susah nak cakap benda ni,, kadang2 tu dua-dua sama je..tp aq kat sini just nak bagi la sikit nasihat dan pandangan..
 pernah tak korang terfikir apa punca korang putus dengan pasangan korang tu? kebanyakan yang aku tgk ia berpunya dari pasangan korang,, xkira la popan atau laki sama je..ini bukan bermaksud korang adalah bukan dari kalangan yang mendustai cinta..sebab 2 aku suh korang renung-renungkan siapa yang sebenarnya pendusta cinta di dalam hubungan korang tu. ada kalanya tanpa kita sedar kita ni yang sebenarnya yang da membuatkan hubungan tu hancusss..huhu so LU PIKIR LA SENDIRI

Friday, March 5, 2010

Adakah Kita PuNca Segala-galanya?

sering kali kita sebagai insan biasa akan merasai cinta..sayag padanya..dan juga semastinya kita akan merasai benci atau kecewa padanya..ari ni aq nak bincangkan pasal adakah kita punca segala galanya? sebagai seorang manusia biasa kita xboleh nak lari dari situasi dipersalahkan, nak2 dgn org yg paling kita syg..ptt ke?? kalu benda 2 kita memang kita yg wat xpe la..lantak la nk kata apa pon kan,,tp kalu bkn kita yg wat..cam ne kita nak hadapi situasi ni? pk cbe kalu korag tenag bila dia tetibe tuduh korag yang bkn2..dalm bercinta ni sabar paling penting sbb 2 bkn senag nak bercinta yg sejati kalu kita ni bkn jenis penyabar..kalu pasangan korag jenis panas baran salah sorang mestilah berkorban untuk bersabar lbih..bukan senag wei nak jd insan yang penyabar ni.

Ok berbalik pd topik kite..andai kate korag dah berpisah dan ex korang sering kali persalahkan korag..mengatakan ko la punca sbb hubungan ni pts..xmemahami la..apa la..itu la..ini la..tp hakikatnya korag sedar yang hubungan korang musnah disebabkan sikap pasangan korang tu sendiri. apa yang aq boleh perkatakan hanyalah sabar,,2 je jalan yang terbaik..inssyaAllah apa yang berlaku kalu hati korang btl2 jujur dan iklas tuhan akan tolong korang..percayalah tuhan tu maha adil.

AndaJugaMeminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...