Anda aDaLah Pengunjung Yang Ke ?

Permulaan Bicara

Assalamualaikum sume…ok first sekali aku nak bersyukur kehadrat Ilahi kerna dia masih membenarkan aku untuk hidup dan menghirup udaranya yang segar di muka buminya yang indah ini…

Tujuan sebenar aku wat blog ni cz nak kongsi kat semua orang tentang CINTA…ISU SEMASA…dan banyak lagi benda2 yg mungkin kita xtahu dan aq lah orang yg akan memberi tahu korang apa yg sepatutnya dan sebab tu lah blog aq ni bertajuk ‘’tentang kita’’ so sebagai insan dan mahluk ALLAH yang biasa aq gak ada melakukan kesilapan..biasalahkan kelemahan manusia..tak semua manusia tu sempurna..so aq harap dpt lah korang maafkan aq jika ada pe2 benda yg terkasar bahasa atau tersinggung kate yg blh membuatkan korag terasa...Sory k…

So aq harap korang enjoi membaca artikel aq dan pandagan yg mungkin boleh diterima pakai sedikit kot..huhuh..
Dan sebarang masalah bolehlah korang PM aku kat FB..Skype Or YM yg aq link kan kat MY NETWORK
Hope u enjoi with my blogs :^.^:

Monday, July 12, 2010

C.I.N.T.A

Kalu nk dikatakan pasal cinta..terlalu meluas perkataan ini..cinta harta, agama, kawan, dunia, kekasih, keluarga dan sebagainya..kali ni angah nak kongsi akan cinta agama.

Kenapa angah nk kongsikan cinta agama ini? Sebab 1 perkara yang saban hari kita hanya mampu melihat. Dan tidak mampu berbuat apa2..
Apakah ia??

Mengenai pengecaman rejim zionis terhadap rakyat palastin..
Ok kat sini angah nk bg beberapa pedapat dan mintak maaf jika apa yang angah akan perkatakan nanti bercanggah dengan pendapat korang yang membaca artikel ni..angah hanya mahu meluahkan pendapat dan apa yang angah rasa.

Kenapa cinta agama terpilih dalam topic ini, kita lihat la sendiri kekacawan dan hura-hara yang berlaku di bumi palastin. Kita lihatlah sendiri betapa sengsaranya bumi islam itu. Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa mati begitu saja. Para-para tentera zionis yang mempunyai kelengkapan kereta kebal, senjata api, heli dan sebagainya.. tetepi pernahkan kita melihat serang balas yang dilakukan oleh rakyat palastin? Mereka hanya menggunakan batu-batu untuk membaling askar yang lengkap bersenjata, batu yang dibaling ke kereta kebal..



Kalu difikir logic akal, adakah batu itu akan memberi kesan kepada kereta kebal itu? Tidak sama sekali..tetapi kenapa anak kecil itu berani untuk membaling batu ke arah mesin pembunuh itu..
Sebab cinta akan agama dan tanah airnya sendiri. Begitu kuat Allah memberikan kekuatan Cinta itu kepada mereka-mereka ini. Tiada apa yang dapat meghalang anak-anak ini untuk membuat sedemikian kerana sifat juang dan cintakan agama telalu kuat dalam diri mereka.

Allah telah menjanjikan syahid buat umatnya yang gugur dalam berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

Itu hanyalah permulaan penceritaan perkara yang ingin diperkatakan sebenarnya adalah sifat cinta akan agama itu ada atau tidak di dalam diri kita? Ada berapa ratus Negara yang beragama islam yang terdapat di dunia ini dan berapa juta umat islam yang ada di dalam dunia ini termasuklah Negara kita Malaysia.
Tapi apa yang mampu kita lakukan? Adakah kita hanya mampu melihat sedangkan kalu hendak difikirkan rejim zionis dan Negara israil itu sendiri mampu kita tewaskan. Tapi kenapa suma itu tidak berlaku..

Antara satu sbbnya adalah Cinta akan agama dan saudara seislam itu mungkin tidak sekuat anak-anak palastin disana. Cube kita renungkan sejenak andai kata kita ditempat anak-anak palastin itu, mampukah kita untuk melakukan seperti mereka? Jujur sy katakan diri saya sendiri memang tidak kuat untuk melakukan seperti itu adakah anda mampu? Ternyata diri kita ini tidak kuat cinta nya seperti anak-anak itu. Walaupon begitu kita hanya mampu untuk menghantar bantuan ke gaza bagi membekalkan bantuan merupakan perubatan dan sebagainya.
Saya amat berbangga terhadap mereka, bagi saya mereka tergolong dalam insan yang mempunyai semagat dan cintakan agama yang sangat kuat.
Jadi kita sebagai insan yang lemah disini, hnya mampu untuk memohon kepada Ilahi agar penderitaan mereka berakhir dan mereka-mereka yang bertanggungjawab mendapat balasannya. Suka ingin saya kogsikan tentang sirah nabi Muhamad S.A.W dimana tentera bergajah abraha ingin menyerang dan meruntuhkan ka’abah. Allah telah menurunkan burung-burung ababil dengan berbekalkan batu, tentera gagah tadi hancur seperti daun dimamah ulat. Mudah-mudahan Allah perkuatkanlah iman dan sifat cinta akan agama kita dan anak-anak palastin itu menjadi lebih kuat.

No comments:

AndaJugaMeminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...